ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA) CENTRE
IOA Centre merupakan salah satu daripada agensi yang ada di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Tujuan asal penubuhannya ialah menyampaikan mesej dakwah tentang pesanan agama Islam dan menghayati Islam sebagai panduan cara hidup kepada Muslim khususnya dan bukan Muslim umumnya sama ada dari kalangan orang tempatan mahupun luar negara.

Pembangunan Daie
(Daie Development Program)
- Program pendidikan, kebajikan & pembangunan kanak-kanak yatim-miskin.
- Program rakan-keluarga (Family-Buddy Program).

Program Syahadah
(Syahadah Program)
- Pendidikan untuk Muslim dan bukan Muslim
- Pembangunan dan Kebajikan Saudara Baru (Muallaf).
- Ziarah Hospital.
- Pembangunan komuniti masyarakat Orang Asli.
- Projek Tabung Syahadah.

Program Pemandu Pelancong Masjid
(Masjid Tour Guide {MTG} Program)
- Dakwah pelancong masjid.

UPCOMING EVENTS
Mosque Tour Guide (MTG) Program, Hospital Visit Program, Conversions & Convert's Development, Training for the Volunteers, Inter-faith & Inter-Civilization Program

PROJEK WAQAF IOA
Tujuan utama Dana Waqaf IOA Centre ditubuhkan adalah untuk membiayai pembelian premis tetap untuk pusat latihan dan pembangunan IOA Centre.
AKTIVITI & PROGRAM

PROGRAM TABUNG SYAHADAH
Tabung ini akan menyediakan sumber dana yang mantap untuk membantu saudara baharu muslim dalam proses pembelajaran, meringankan beban kehiduapan dan juga menjadi modal untuk memulakan perniagaan.

ZIARAH HOSPITAL
Memberikan latihan pendekatan serta kaedah bagaiman cara mendekati pesakit. Sukarelawan akan melawat wad di hospital termasuk wad kanser, nuerologi dan ortopedil seterusnya melawat pesakit dan memberi beberapa cenderahati dan hadiah kepada pesakit.

PEMANDU PELANCONG MASJID
Kini aktif beroperasi di Masjid Negara, Masjid Jamek, KL, Masjid Sultan Mizan, Masjid Abu Bakar, Johor Bharu, Masjid Zajir Kedah, Masjid Melaka dan Masjid Panglima Kinta Perak.

ANTARABANGSA
Menjalinkan kerjasama dakwah dengan rangkaian pertubuhan Islam seperti World Conference on Region for Peace (WCRP), Discover Islam dan Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia.

PENGISLAMAN & KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU
Memberikan pendidikan Islam kepada saudara baharu serta mengajar saudara baharu untuk menjadi mentor kepada saudara baharu yang lain di samping menjadi Da'ie, Jurulatih, Hafiz dan Hafizah Al-Quran.

PROGRAM KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN
Program kebajikan anak yatim ini dilancarkan pada 17 Mac 1991. Program in ini bertujuan menaja kanak-kanak daripada keluarga miskin, yatim dan anak-anak saudara baru yang memerlukan.

PROGRAM KOMUNITI & LAWATAN ORANG ASLI
Program ini telah memilih sebuah kampung kecil yang berada di pedalam Sg Gabai (Kampung Orang Ali Sg Gabai) sebagai salah satu destinasi untuk menghulurkan bantuan. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa program sedang berjalan di negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
AHLI LEMBAGA PENGARAH
Lembaga Pemegang Amanah IOA Centre terdiri daripada:

Dr. Ab Halim Muhammad
Presiden IOA Centre

Hj P. Aizan Tukirin
Ketua Pengarah IOA Centre

Ustaz Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff
Pengarah Pusat Islam UNISEL

Dr Ghazali Basri
Pengarah AKK KDH

Tn Hj Amidi Dato Abd Manan
WADAH

Dato' Dr Abdul Razak Kechik
Presiden Malaysian Relief Agency (MRA)

Faisal Aziz
Presiden ABIM
PENGURUSAN KANAN
Terdiri daripada Presiden serta Pengurus-Pengurus Kanan dengan portfolio masing-masing.

Mohamed Ibrahim Kp Kunji Mohamad
Pengarah Perhubungan Awam dan Penasihat Korporat

Mohd Naim Mohd Noor
Pengarah Program Syahadah dan Pembangunan Daie

Pn Normah Sulaiman
Pengarah Program Masjid Tour Guide (MTG)

Dr Zafri Ismadi Mohd Anis
Pengarah Program Hospital Visit

Pn Mariam Kasim
Pengarah Program Pembangunan Komuniti Orang Asli

Address
Pejabat IOA Centre, Islamic Outreach ABIM Centre, D-2-5, Jalan 3/38A, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
outreach@iocentre.org.my
Phone
+ (6) 03- 8211 1349