WAQAF IOA CENTRE

Wakaf For Islamic Outreach ABIM Centre (Waqaf IOAC) telah dilancarkan pada 27 Disember 2020. Tujuan utama dilancarkan adalah untuk membiayai pembelian premis tetap untuk pusat latihan dan pembangunan IOA Centre di Bandar Baru Bangi yang bernilai RM5 Juta

Keluasan

Berkeluasan keseluruhan tingkat adalah 8,125 Kaki Persegi

Bangunan

5 tingkat (22′ Lebar 75′ Panjang

Lokasi

Bertempat di Paragon Point, Bandar Baru Bangi atau seumpamanya

Kini IOA Centre bukan sekadar berbakti di Malaysia sahaja malah telah diterima oleh rakan dakwah luar negara untuk bekerjasama menyampaikan mesej Islam seperti di Tokyo (Jepun), Bogor (Indonesia) dan beberapa negara lain yang sedang rancak dalam perancangan.

Model penyebaran Islam oleh IOA Centre kini telah berkembang aktif dengan pengendalian latihan kepada pelatih baru yang berminat dari dalam negara dan antarabangsa. IOA Centre juga berharap untuk menubuhkan Pusat Sumber Dakwah serta Pusat Kajian dan Pembangunan (R&D) dakwah dimasa hadapan. Ia sebagai persediaan dan kemudahan para pendakwah masa depan untuk bergerak dengan lebih lancar dan tersusun.

Ramadhan Appeal

The Islamic Monthly is an independent, based publication that fosters discussion issues related to the modern world.

KEMPEN WAQAF

Waqaf Lantai

Bernilai RM 600 / Kaki Persegi

Waqaf Organisasi

RM 500 minimum

Waqaf, sedekah, hibah, wasiat, individu

Sekurang-kurangnya RM 50

Waqaf Tunai

Seikhlas dan semampunya

Dokongan dari semua masyarakat dari berbagai lapisan perlu dilibatkan agar kekuatan mesej dakwah itu dapat disampaikan dengan lebih meluas dan berkesan. Bangunan tersebut akan menempatkan ruang operasi, latihan, pusat sumber dan ruang perniagaan bagi menampung modal operasi.

Kami mengalu-alukan dan membuka tawaran untuk melaksanakan waqaf mengikut kempen yang disebut sama ada secara individu atau melalui organisasi sebelum atau pada majlis pelancaran yang akan diadakan. Semoga perjalanan urusan Projek ini akan berjalan dengan baik dan menerima sokongan dari pelbagai pihak serta mendapat keredhaan Allah. 

Days
Hours
Minutes
Seconds

BERITA & PROGRAM

Ketahui program dan aktiviti IOA Centre dengan lebih lanjut di pautan berikut.